KUALA LUMPUR: Industri francais negara merekodkan 3,681 pendaftaran setakat 27 Oktober lalu, memperlihatkan daya tahan sektor itu mendepani cabaran ketidaktentuan geopolitik global.
Daripada jumlah itu, sebanyak 489 adalah francaisor manakala 3,192 lagi francaisi, dengan 304 atau 62.2 peratus daripada keseluruhan francaisor terdiri daripada pemain tempatan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata perkembangan itu menunjukkan industri francais tempatan semakin berdaya saing, termasuk dari segi keupayaan menembusi pasaran antarabangsa.
Beliau berkata, meskipun konflik geopolitik di Eropah dan Asia Barat memberi cabaran kepada sektor perniagaan, model francais yang sistematik serta mempunyai ekosistem sokongan tersendiri memberikan kelebihan kepada pengusaha untuk terus bertahan dan berkembang.






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsss2_928546.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
