Paris: Michael Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri sejak mengambil alih tugas.
Dodi Lukebakio meletakkan Belgium di landasan untuk mencatat kemenangan kompetitif pertama ke atas Les Bleus dalam tempoh 45 tahun apabila meledak gol pembukaan pada babak pertama di Stade de France.
Namun, Perancis mengubah rentak perlawanan menerusi kebangkitan hebat pada 13 minit terakhir apabila menjaringkan empat gol untuk mengekalkan rekod tanpa kalah Zidane dan semakin menghampiri suku akhir.
Desire Doue menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi rembatan rendah dari luar kotak penalti sebelum Olise mengumpan bola untuk jaringan Rayan Cherki yang meletakkan Perancis di depan empat minit kemudian.






