PUTRAJAYA: Seramai 460,771 murid Tahun Empat di seluruh negara menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) yang diadakan bermula hari ini hingga 8 Oktober, iaitu satu pe­ngukuran tahap pembelajaran murid kali pertama diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP), Ab Aziz Mamat berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang sekiranya anak tidak memperoleh skor yang tinggi kerana MPT4 bukan pe­periksaan atau pentaksiran berimpak tinggi.

Menurut beliau, MPT4 bertujuan mengesan tahap penguasaan murid dalam pembelajaran khususnya dalam aspek literasi dan numerasi bagi membolehkan intervensi awal serta sokongan berfokus dilaksanakan secara lebih berkesan serta menyediakan murid kepada pem­belajaran seterusnya.