Naib Pengerusi DAP Syahredzan Johan turut bangkit prerogatif perdana menteri mengenai jawatan menteri Kabinet. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP Syahredzan Johan berkata parti itu belum bincang calon menggantikan Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan.

Beliau berkata, perkara itu tidak wajar diketengah memandangkan peletakan jawatan Loke belum berkuat kuasa.

"Buat masa ini peletakan jawatan beliau belum berkuat kuasa selagi Najib tidak jejak kaki ke rumah (jadi) tidak wajar untuk membincangkan soal siapa pengganti.

"Bila tiba masa, keanggotaan Jemaah Menteri adalah prerogatif perdana menteri. Sudah tentu perdana menteri akan buat keputusan selepas berbincang dengan setiausaha agung DAP sendiri," katanya menurut Harian Metro.