KEMERDEKAAN an pengisian yang dinikmati hari ini lahir daripada keberanian, pengorbanan serta kebijaksanaan generasi terdahulu.
Selepas 69 tahun merdeka dan 63 tahun Malaysia diasaskan, persoalannya bukan lagi sekadar sejauh mana negara sudah membangun.
Persoalan lebih penting ialah adakah kemajuan itu benar-benar menjadikan kehidupan rakyat lebih baik?
Di situlah besarnya makna Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
Kemerdekaan bukan sekadar kebebasan menentukan haluan negara. Ia mesti memberi rakyat peluang untuk hidup dengan sihat, selamat, bermaruah dan penuh harapan.






