New York: Kewujudan kumpulan yang digelar 'manusia lubang' iaitu individu yang menghabiskan masa di dalam sistem kumbahan bandar raya ini terus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk New York, lapor The Guardian.

Misteri fenomena itu mula terungkai minggu ini selepas dua lelaki ditahan kerana dikesan keluar dari sebuah terowong kumbahan di Manhattan.

Tangkapan berkenaan turut memberi gambaran berkenaan beberapa kejadian sebelum ini apabila individu dilihat membuka penutup lubang luring sebelum memanjat masuk ke bawah tanah.

Suspek, Samuel Reveron, 25, dan Kevin Rodriguez ditahan di Queens selepas polis menjejaki pergerakan mereka menerusi rakaman video.

Kedua-duanya didakwa memasuki sistem kumbahan berkenaan bersama empat lagi individu yang masih belum dikenal pasti.