KANOWIT: Sebanyak 24 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang mereka di Tuai Rumah Seliau, Sungai Tuah, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran dilaporkan pada jam 1.39 pagi sebelum anggota bomba tiba di lokasi pada jam 2.30 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata operasi pemadaman dikendalikan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dengan bantuan anggota BBP Sibu Jaya.

"Kebakaran dikawal pada jam 3.53 pagi dan tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.," katanya dalam kenyataan hari ini.