Tertuduh Nur Ain Adilin Mohd Rofiza mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Berang. (Gambar Bernama)KUALA BERANG: Seorang pembantu kedai makan dipenjara tiga bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran anaknya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam longkang.
Majistret Nur Athirah Hashim turut memerintahkan Nur Ain Adilin Mohd Rofiza, 23, menjalani hukuman penjara lima bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Wanita itu didapati sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi, dengan cara membuang mayat bayi berkenaan ke dalam longkang.
Kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan itu dilakukan pada kira-kira 10 malam, 15 Okt, di Perumahan Awam Kos Rendah, Padang Setengge, di sini.







