Pada Sabtu, pihak berkuasa Poland sahkan enam individu terbunuh dalam insiden tembakan, termasuk seorang warga Britain, manakala 16 lagi cedera. (Gambar Pixabay)BRUSSELS: Seorang lelaki bersenjata yang membunuh enam individu dalam kejadian tembakan di Krakow dan bandar Ostrowiec Swietokrzyski di timur Poland meninggal dunia di hospital, menurut polis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gabenor wilayah Krzysztof Kleczar memberitahu penyiar TVN24, suspek meninggal dunia kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan (0330 GMT) akibat kecederaan dialami semasa berbalas tembak dengan polis.

Insiden berlaku pada petang Sabtu berhampiran Dataran Pasar Utama Krakow, antara destinasi pelancongan paling sibuk di bandar berkenaan.