Barcelona: Pemain remaja Barcelona, Pau Cubarsi, melengkapkan tahun cemerlang bersama kelab dan negaranya apabila memenangi anugerah Budak Emas (Golden Boy), hanya dua bulan sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20.

Cubarsi memainkan peranan penting dalam kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia, sekali gus meraih anugerah Pemain Muda Terbaik Kejohanan FIFA.

Dia turut menjadi tonggak pertahanan Barcelona ketika kelab itu menjuarai LaLiga buat kali kedua berturut-turut.

Anugerah Golden Boy ditentukan menerusi undian wartawan dan diberikan kepada pemain muda terbaik sepanjang tahun kalendar.