ADA tiga perkara menarik perhatian berkisar perkembangan berkaitan perundangan, politik dan keselamatan ketika tengkujuh. Mungkin tiga perkara berbeza, namun akan menemui titik silang suatu hari nanti.

Pada Jumaat lalu, isu pengampunan dan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘kecoh’ dibincangkan di media sosial. Ia rentetan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan perintah tahanan rumah Najib sehingga isu perundangan berkenaan selesai.

Kemuncaknya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa mempertikai perintah pengampunan Najib boleh dianggap mengingkari titah Agong.

Penulis enggan mengulas lanjut kerana biarlah perkara ini berjalan dalam keadaan tertib serta keteraturan.