KOTA DAMANSARA – “Setiap kali saya nak keluarkan produk atau melancarkan sesuatu yang besar, pasti ada perkara pelik berlaku.”

Demikian luahan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 39, yang mendakwa dirinya sekeluarga kerap berdepan kejadian aneh setiap kali syarikatnya merancang sesuatu yang besar.

Terbaharu, isterinya, Datin Seri Shahida, mengalami kegatalan selain muncul bintik-bintik merah di seluruh badan secara tiba-tiba sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kelmarin.

Menurut Aliff, keadaan isterinya yang pada awalnya dipenuhi ruam kemerahan dari kaki hingga ke muka bagaimanapun berubah sebaik sahaja mereka tiba di hospital.