KUALA LUMPUR: Tidak pernah menyangka namanya bakal menjadi antara calon pilihan peminat, penyanyi baharu, Ehmad Hadie Elfardie, 18, mengakui terkejut apabila diumumkan sebagai calon kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-38.

Lebih manis, berita pencalonan itu diterimanya menerusi mesej daripada ibu yang terlebih dahulu mengetahui perkembangan berkenaan.

Hadie berkata, pencalonan sulung itu cukup bermakna dalam perjalanan kerjaya seninya, sekali gus menyuntik rasa bangga dan penghargaan terhadap sokongan serta doa yang diberikan peminat.

"Memang agak terkejut apabila menerima mesej daripada ibu pada pagi itu yang memberitahu saya tercalon dalam ABPBH.