KUALA LUMPUR: Anak syarikat Hextar Capital Bhd iaitu Legacy Core Sdn Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM60 juta untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan bagi projek Jalan Oya (Fasa 2) di Sibu, Sarawak.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Hextar Capital menyatakan Legacy Core yang sebelum ini dikenali sebagai Civispace Sdn Bhd dilantik oleh Doland (M) Sdn Bhd menerusi surat lantikan bertarikh 1 Oktober 2026 untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf berkenaan.

Syarikat itu memaklumkan, projek itu merangkumi kerja-kerja jalan raya, sistem perparitan dan perkhidmatan pemindahan dengan kerja-kerja dijadualkan bermula pada 2 Oktober 2026 dan dijangka siap menjelang 11 Februari 2029.