PENGHINAAN rupa paras bukanlah isu lapuk, sebaliknya penyakit media sosial yang kian sukar dibendung. Bukti terbaharu tercetus menerusi insiden kecaman fizikal terhadap penyanyi seorang penyanyi terkenal sewaktu membuat persembahan di acara Keretapi Sarong baru-baru ini.
Penyanyi itu menjadi sasaran tohmahan segelintir pengguna media sosial yang memperlekehkan perubahan fizikalnya. Sekiranya figura awam yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya seperti beliau pun tidak kebal daripada cercaan netizen, bayangkan penderitaan mental yang terpaksa ditanggung oleh individu biasa tanpa sokongan emosi yang kukuh.
Konflik jiwa si pembuli terserlah apabila mereka tergamak melontarkan cercaan jijik berbaur penghinaan melampau. Kata-kata nista sebegini kerap berselindung di sebalik topeng ‘gurauan’.









