Pemimpin PBB Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini berkata GPS akan bertanding bersendirian pada PRN Sarawak tanpa kerjasama pilihan raya dengan mana-mana parti dari Semenanjung.PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan melayan cubaan laskar siber pro-Barisan Nasional (BN) yang mahu menggambarkan hubungan politik rapat antara kedua-dua gabungan itu, kata penganalisis.
Jeniri Amir.Felo Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir, berkata kepimpinan GPS sedar permainan persepsi yang cuba dibentuk pihak tertentu, khususnya menjelang PRN Melaka, PRN Sarawak dan PRU16.
Beliau berkata, GPS tidak mempunyai keperluan untuk menjalin kerjasama dengan BN, sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan, sebaliknya perlu mengekalkan kedudukan berkecuali bagi mengelakkan salah tanggapan terhadap hubungannya dengan parti lain.







