Kelmarin Loke Siew Fook mengesahkan peletakan jawatannya sebagai menteri selepas Najib Razak mula menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.PETALING JAYA: Peletakan jawatan Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan berpotensi mengembalikan keyakinan penyokong teras DAP yang sebelum ini mempersoalkan pendirian parti itu dalam kerajaan perpaduan, kata penganalisis.
Bagaimanapun, mereka berpandangan tindakan itu belum cukup memulihkan sepenuhnya sokongan terhadap DAP, terutama menjelang PRN Melaka Sabtu ini, selepas parti itu berdepan prestasi kurang memberangsangkan dalam beberapa PRN sebelum ini.
Tawfik Yaakub dan Liew Wui Chern senada walaupun peletakan jawatan itu tepat dari segi isyarat politik, tetapi agak lewat untuk menghapuskan ketidakpuasan yang telah merebak dalam kalangan penyokong parti.








