Penganalisis James Chin berkata PAS yang pernah menjadi sebahagian kerajaan dari 2020 hingga 2022 berhasrat menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kembali berkuasa di persekutuan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: PAS tidak kisah memainkan peranan sebagai rakan lebih kecil kepada Umno dalam PRN Melaka kerana keutamaan lebih besarnya adalah untuk kembali menyertai kerajaan persekutuan, meskipun terpaksa berkompromi dalam rundingan pembahagian kerusi, kata penganalisis.
James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, PAS yang pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan dari 2020 hingga 2022, berhasrat untuk menyingkirkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kembali berkuasa di peringkat persekutuan.







