Perlumbaan Bahrain Grand Prix diadakan di Litar Antarabangsa Sepang bulan lalu susulan konflik di Asia Barat, sekali gus menandakan kepulangan Formula 1 ke Malaysia buat kali pertama sejak 2017. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Malaysia membelanjakan RM70 juta untuk menjadi tuan rumah Grand Prix Formula 1 Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lalu, menurut kerajaan.
Jumlah itu lebih tinggi berbanding anggaran RM40 juta yang diberikan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, pada Julai bagi persiapan menjelang perlumbaan tersebut.
Dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Nazri Abu Hassan (PN-Merbok), Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari, berkata acara yang berlangsung dari 2 hingga 4 Okt itu menelan belanja dianggarkan RM350 juta, termasuk yuran penganjuran dan persiapan di litar berkenaan.








