Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata penjimatan perbelanjaan daripada pembatalan enakmen itu akan disalurkan kepada bantuan pemilikan rumah untuk golongan belia serta pembangunan usahawan muda di negeri itu.MELAKA: Pakatan Harapan (PH) berhasrat membatalkan enakmen yang membolehkan pelantikan tujuh Adun lantikan di Melaka, sekiranya diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRN Melaka ke-16.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata penjimatan perbelanjaan daripada pembatalan enakmen itu, akan disalurkan kepada bantuan pemilikan rumah untuk golongan belia serta pembangunan usahawan muda di negeri itu.

Beliau berkata langkah itu merupakan antara tawaran PH menerusi Aspirasi Melaka Rumah Kita, yang memberi tumpuan kepada keperluan rakyat, khususnya golongan muda.