Ketiga-tiga suspek yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa berusia 60-an itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
SEREMBAN: Seorang lelaki dan dua wanita direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai dipukul sehingga maut di sebuah rumah di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata reman sehingga 18 Nov depan terhadap ketiga-tiga individu berusia berusia 28 hingga 34 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata kesemua individu berkenaan mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang berusia lingkungan 60-an.









