Prague: Sepanyol meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Negara-Negara apabila menewaskan Republik Czech 2-0 dalam aksi Kumpulan A3 di Prague, awal pagi tadi.
Jaringan Alex Baena menerusi sepakan penalti dan Marc Pubill pada penghujung perlawanan memastikan skuad kendalian Luis de la Fuente kekal unggul dengan rekod lima kemenangan daripada lima perlawanan.
Lebih menarik, kemenangan itu turut menyaksikan Sepanyol melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 44 perlawanan kompetitif berturut-turut.
"Saya ingin menghargai usaha seluruh pasukan. Ia perlawanan yang sukar menentang pasukan yang bertenaga dan mempunyai corak permainan agresif.









