MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United berdepan satu lagi dilema ketika mereka berada pada fasa terakhir untuk membuat keputusan sama ada memecat Michael Carrick atau sebaliknya.
Beberapa nama sudah berada dalam senarai untuk dilantik sebagai pengendali baharu sekiranya Carrick dipecat dengan Ketua Jurulatih Amerika Syarikat, Mauricio Pochettino berada pada kedudukan teratas senarai.
Di bawah kendalian Carrick, United hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada 15 perlawanan pertama mereka musim ini menyebabkan pihak pengurusan percaya perubahan pengendali perlu dilakukan.
Bagaimanapun, timbul spekulasi bahawa beberapa pemain yang berpengaruh di Old Trafford sebenarnya mengharapkan nama lain akan dinamakan sebagai pengendali baharu berbanding Pochettino sekiranya Carrick dipecat.









