DUNGUN: Harapan untuk me­nyaksikan kemunculan anak penyu belimbing di pantai Rantau Abang di sini selepas hampir sembilan tahun menanti, tidak kesampaian apabila kesemua 313 telur yang dihasilkan menerusi lima pendaratan di kawasan itu sejak September lalu gagal menetas.

Hasil pemeriksaan teknikal mendapati tiada satu pun daripada telur berkenaan menunjukkan tanda pembentukan embrio, sekali gus memberi petunjuk bahawa telur tersebut tidak dise­nyawakan.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Pang Nyukang berkata, pemeriksaan terakhir terhadap sarang kelima yang me­ngandungi 48 telur dan dihasilkan pada 10 Oktober lalu turut menunjukkan keputusan sama.

“Pemeriksaan yang dijalankan dengan bantuan pakar bertujuan mengenal pasti tahap perkembangan embrio serta menentukan potensi telur berkenaan untuk menetas.