Nazri Aziz pada Ogos 2021 mengumumkan mahu bersara daripada politik dan tidak bertanding PRU15 bagi memberi laluan kepada pemimpin baharu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Nazri Aziz mahu kembali bertanding di Padang Rengas pada PRU16 dan meminta Perikatan Nasional (PN) mencari kerusi lain, walaupun gabungan itu kini menjalin kerjasama pilihan raya dengan Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri.
Bercakap kepada FMT, bekas Ahli Parlimen Padang Rengas menegaskan kawasan berkenaan adalah kerusi BN walaupun kini disandang Azahari Hasan daripada PN.
"Itu kerusi BN. Cari kerusi lain," katanya ketika ditanya kemungkinan PN mahu mempertahankan kerusi itu pada PRU16.
Pendirian Nazri menimbulkan persoalan mengenai pembahagian kerusi jika kerjasama BN-PN pada PRN Negeri Sembilan dan Melaka diteruskan hingga PRU16.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2F0c6d39611bfdb7cadf2e5483ba5e9df1.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
