HAMILTON : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), sebulat suara bersetuju membaharui sekatan terhadap Yaman bagi tempoh setahun lagi.

Resolusi itu membenarkan pelaksanaan sekatan kewangan dan perjalanan terhadap individu tertentu dari Yaman yang dikenal pasti, dengan sekatan berkenaan berkuat kuasa sehingga 14 November 2027, lapor Anadolu Ajansi.

Resolusi itu turut menambah beberapa individu di Yaman ke dalam senarai sekatan serta mengecam serangan maritim dan rentas sempadan oleh kumpulan Houthi ke atas Arab Saudi, selain ancaman mereka terhadap kapal dagang.

Mandat Panel Pakar mengenai Yaman yang bertanggungjawab memantau dan melaporkan pelaksanaan sekatan turut dilanjutkan sehingga 15 Disember 2027 menerusi resolusi yang disokong Britain itu.