Kerjasama BN-PN yang meraih majoriti dua pertiga pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos lalu dijangka berulang pada PRN Melaka hari ini.PETALING JAYA: Rakyat Melaka keluar mengundi hari ini bagi memilih kerajaan negeri dalam PRN ke-16, dengan sesetengah pihak sudah menjangkakan keputusannya sebaik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kerjasama mereka.

Gabungan BN-PN meraih majoriti dua pertiga pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu, yang menjadi pilihan raya pertama menyaksikan Umno dan PAS, dua parti Melayu-Islam terbesar negara, berganding bahu.

Penganalisis menjangkakan kerjasama antara gabungan diterajui kedua-dua parti itu sekali lagi akan menyatukan undi Melayu, khususnya di Melaka yang sememangnya mempunyai pengaruh BN yang kuat.