Mahkamah Tinggi di Muar membuat keputusan berpihak kepada Nor Qusyairee Norazrul Faiz dalam permohonan habeas corpus bagi mencabar penahanannya di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor. (Gambar fail)PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Muar memutuskan Lembaga Penasihat di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melampaui kuasa undang-undangnya apabila mengesyorkan supaya perintah tahanan pencegahan seorang pekerja ladang diteruskan dan digantung pada masa sama.
Pesuruhjaya Kehakiman S Kalyana Kumar berkata, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 memperuntukkan tiga jenis syor berasingan oleh lembaga itu, iaitu supaya perintah tahanan diteruskan, digantung atau dibatalkan.









