Penganalisis bertanya jika PAS menarik balik sokongan atau memilih haluan sendiri berapa banyak kerusi yang Umno benar-benar mampu menang.PETALING JAYA: Cadangan Presiden Umno Zahid Hamidi supaya Parlimen dibubarkan berbanding merombak Kabinet dikhuatiri memakan diri jika parti itu tersalah anggap kerjasama dengan PAS sebagai kekuatannya sendiri, menurut penganalisis.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri sebelum ini berkata, lebih baik Parlimen dibubarkan bagi memberi mandat baharu kepada rakyat sebelum Jemaah Menteri baharu dibentuk, susulan spekulasi rombakan Kabinet.
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri daripada Global Asia Consulting berkata, momentum politik yang dinikmati Umno, khususnya menjelang PRN Melaka tidak semestinya mencerminkan kebangkitan sebenar parti itu kerana sebahagiannya mungkin berpunca daripada kerjasama dengan PAS.









