Gambar tular menunjukkan petugas Hospital Seberang Jaya menggunakan payung untuk berjalan di satu koridor hospital berkenaan yang bocor ketika hujan lebat pada 7 Nov lalu.PETALING JAYA: Seorang senator menggesa siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kejadian kebocoran besar dan limpahan air hujan baru-baru ini di blok baharu Hospital Seberang Jaya, yang diserahkan kepada Kementerian Kesihatan hanya setahun lalu.
Dr RA Lingeshwaran berkata beberapa kebocoran siling berlaku di bahagian Blok B selepas hujan lebat di hospital itu pada Sabtu lalu.
“Perkara ini serius kerana bangunan baharu sepatutnya mampu menahan apa jua kadar curahan hujan atau cuaca buruk. Namun, seperti yang dapat dilihat dalam klip video yang tular, kakitangan dilihat berjalan di koridor sambil menggunakan payung.








