BUTTERWORTH: Penilaian kerosakan dan langkah pembaikan sedang dilaksanakan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) susulan kebocoran siling di dua blok hospital itu akibat hujan lebat Sabtu lalu.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan, unit kejuruteraan hospital bersama syarikat konsesi pengurusan bangunan sedang menjalankan penilaian kerosakan secara menyeluruh serta melaksanakan langkah kawalan bagi mengatasi masalah berkenaan.
Menurut jabatan itu, pihak hospital komited memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan terus berjalan tanpa sebarang gangguan.
"Kejadian tidak membabitkan keselamatan pesakit dan peralatan perubatan.









