Seorang lelaki tempatan berusia 20-an ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan ibunya yang dipercayai maut akibat dijerut di Banting.

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan ibunya yang dipercayai maut akibat dijerut di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima maklumat berhubung seorang wanita tempatan berusia lingkungan 50-an ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira 1 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut.