Minggu ini, buat kali pertama rakyat Malaysia menyaksikan keputusan mahkamah yang membolehkan seorang banduan, tidak lain tidak bukan, Najib Razak, menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.
Banyak perkara yang berlaku dalam episod ini. Dua perkara yang menarik perhatian saya ialah:
Permintaan Peguam Negara Dusuki Mokhtar untuk menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah itu susulan persoalan timbul berhubung dokumen perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mencetuskan pelbagai tanda tanya.
Peletakan jawatan Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membolehkan Najib menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur.









