Presiden PAS berkata pendekatan itu dibenarkan ketika berada dalam keadaan lemah dan tak berkuasa, selagi prinsip Islam tak dikorbankan.
Key takeaways
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menyatakan bahawa berpihak kepada musuh yang kurang bahaya ketika tidak berkuasa adalah strategi untuk mengalahkan ancaman yang lebih besar, berdasarkan prinsip Islam.
- Pendekatan ini berlandaskan pemilihan mudarat yang lebih ringan tanpa mengorbankan prinsip Islam yang wajib dipertahankan.
- Hadi tidak mengaitkan secara khusus pendekatan tersebut dengan mana-mana parti politik tempatan atau kerjasama baharu.
- Beliau mengkritik demokrasi Barat yang terlalu mengutamakan wang, namun menggesa umat Islam memanfaatkan kebebasan dalam sistem itu.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Hadi Awang turut menggesa umat Islam memanfaatkan kebebasan demokrasi untuk memperjuangkan hak beragama, keadilan dan hak asasi manusia. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Presiden PAS Hadi Awang berkata umat Islam dibenarkan berpihak sementara kepada pihak yang dianggap kurang berbahaya bagi menghadapi musuh lebih besar, ketika berada dalam keadaan lemah dan tidak berkuasa.
Beliau berkata pendekatan itu berlandaskan prinsip memilih mudarat lebih ringan antara dua kemudaratan, tanpa mengorbankan prinsip Islam yang wajib dipertahankan.
“Allah menerima sikap positif generasi awal dalam menghadapi situasi politik ketika belum berkuasa pada zamannya, dengan pendirian berpihak kepada musuh yang kurang bahayanya buat sementara waktu, supaya musuh yang lebih berbahaya dapat dikalahkan terlebih dahulu.