Ab Rauf Yusoh menang dengan majoriti 8,615 undi manakala Noor Helmy Abdul Halem lonjak kemenangan di Duyong kepada majoriti 10,040 undi.PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) bukan sahaja mengekalkan penguasaan 21 kerusi pada PRN Melaka, malah mencatat peningkatan majoriti kemenangan di semua 20 DUN berjaya dipertahankannya berbanding pilihan raya 2021.

Berdasarkan perbandingan keputusan kedua-dua PRN, 10 daripada 20 kerusi itu sebelum ini dimenangi dengan majoriti kurang 1,000 undi, namun kali ini semuanya mencatat majoriti melebihi 2,000 undi.

Peningkatan paling ketara direkodkan di Serkam apabila calon BN Azman Abdullah menang dengan majoriti 12,689 undi, berbanding hanya 79 undi yang diraih penyandang terdahulu, Zaidi Attan, pada 2021.