Pengerusi Umno Melaka itu angkat sumpah jawatan untuk penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Ali Rustam. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Ab Rauf Yusoh, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri bagi penggal kedua.

Rauf, yang juga Adun Tanjung Bidara, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Ali Rustam.

Malam tadi, BN dan Perikatan Nasional (PN) menamakan Rauf untuk jawatan ketua menteri selepas gabungan itu memenangi 24 kerusi dalam pilihan raya negeri.

Pengerusi Umno Melaka itu pertama kali dilantik sebagai ketua menteri pada 2023 selepas penyandang jawatan sebelumnya, Sulaiman Ali, meletakkan jawatan.