Ketua Polis Port Dickson Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata mangsa maut selepas kemalangan dengan sebuah kereta di KM5.7 Jalan Pantai pada 4.30 pagi tadi. (Gambar PDRM)PORT DICKSON: Seorang peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 maut selepas motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah kereta di KM5.7 Jalan Pantai, pagi tadi.
Ketua Polis Port Dickson Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata nahas kira-kira 4.30 pagi menyebabkan lelaki tempatan berusia 28 tahun dari Petaling Jaya, Selangor itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu wanita tempatan berusia 29 tahun itu dari arah Batu 4 Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta berkenaan.








