Kuala Lumpur: Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) berharap kejayaan Gillian Lim yang meraih pingat emas acara perseorangan wanita mampu memberi ransangan kepada wakil negara yang dalam usaha memburu lebih banyak kejuaraan pada Kejohanan Tenpin Boling Asia 2026 yang berlangsung dari 12 hingga 22 November ini.
Setiausaha Agung MTBC, Maradona Chok berkata, emas yang dicapai oleh Gillian itu adalah permulaan positif yang yakin momentum itu akan diteruskan oleh rakan-rakan yang lain sekali gus mencapai misi mempertahankan juara keseluruhan pada kejohanan itu.
"Setakat ini, permulaan yang cukup baik buat kami dalam usaha mempertahankan gelaran juara keseluruhan menerusi pingat emas pertama," katanya.









