Perkampungan Hos Komuniti menjadi antara pengisian menarik sepanjang penganjuran Karnival Ban Canal 2026 yang berlangsung selama tiga hari, baru-baru ini.

Kejayaan Perkampungan Hos Komuniti ini turut membabitkan Ummi Nabilah Shafry selaku wakil Hos Komuniti, bersama-sama barisan Hos Komuniti Selangor yang berganding bahu dalam memperkenalkan keunikan serta potensi pelancongan desa kepada pengunjung.

Penyertaan ini menjadi platform penting untuk mengetengahkan kepelbagaian produk pelancongan desa, warisan budaya, keunikan tradisi serta pengalaman autentik yang ditawarkan komuniti setempat.

Menerusi Perkampungan Hos Komuniti, pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat peranan hos komuniti sebagai penggerak pelancongan di kawasan masing-masing.