Anwar Ibrahim berkata beliau telah menyampaikan pendirian bebas Malaysia dalam beberapa isu semasa perbualan telefon dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio, baru-baru ini. (Gambar Bernama)MANILA: Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghalang negara ini daripada melibatkan diri secara bebas dengan negara-negara lain, termasuk China, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pelaburan asing mesti beroperasi mengikut kerangka dasar negara Malaysia dan menghormati kepentingannya, ketika negara mengharungi persekitaran geopolitik yang semakin tidak menentu.

“Anda seorang pelabur, anda boleh membuat keputusan tentang apa yang ingin dilakukan, tetapi ia mesti melalui kerangka kami, dasar negara kami. Serta perlindungan terhadap kepentingan kami sebagai sebuah negara,” kata beliau pada majlis makan malam bersempena dengan lawatan kerjanya menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49, di sini malam ini.