Ahli Bersama berkempen pada PRN Melaka yang berlangsung 14 Nov lalu. Parti itu tewas di semua 16 kerusi ditandingi. (Gambar Bersama)PETALING JAYA: Ahli Bersama, parti serpihan PKR, digesa kembali menyertai Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan perpecahan politik terus melemahkan agenda reformasi.

Bekas ketua DAP Melaka Damian Yeo berkata PH telah melalui perjuangan panjang dan membuat pelbagai pengorbanan yang tidak sepatutnya disia-siakan akibat perpecahan.

Damian Yeo.Dalam hantaran di media sosial, beliau berkata perbezaan pendapat tidak dapat dielakkan, namun ia tidak seharusnya membawa kepada perpecahan berpanjangan.

"Perjuangan reformasi lebih besar daripada mana-mana individu atau parti politik. Ketepikan perbezaan peribadi dan bersatulah demi kepentingan bersama," katanya.