Kad Pokemon kekal sangat popular sejak bertahun-tahun, dengan kad jarang ditemui dan mendapat permintaan tinggi dijual pada harga mahal. (Gambar EPA Images)COPENHAGEN: Polis Denmark melancarkan siasatan besar-besaran pada Ahad selepas sekumpulan perompak bertopeng menyerbu sebuah kedai menjual kad Pokemon di utara Copenhagen dan melarikan barangan koleksi bernilai lebih €130,000 (USD143,000), lapor Agensi Berita Jerman.

Polis sedang memburu lima lelaki yang dipercayai mengancam seorang pekerja kedai menggunakan objek menyerupai pistol di sebuah pusat beli-belah di Lyngby, utara Copenhagen.

Perompak berkenaan kemudian memecahkan kabinet pameran dan mencuri kad Pokemon yang mendapat permintaan tinggi.