PADA Januari 2025, dua bekas pengarah Sea Tackle Sdn. Bhd, Teo Tzi Sin dan Wong Poh Wah, didenda RM100,000 kerana menyalahgunakan kedudukan.

Mereka menggunakan RM200,000 daripada dana syarikat untuk membayar bonus kepada diri sendiri tanpa kelulusan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016 semakin membimbangkan apabila banyak syarikat dan pengarah didakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan sabitan kes membawa hukuman denda tinggi atau penjara.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sektor swasta mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi pada 2025, dengan seramai 551 orang atau 45 peratus daripada keseluruhan 1,145 tangkapan.