Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata amat sukar menjadi parti solo dalam konteks Malaysia dan Bersama mungkin tutup kedai lebih awal jika ia terlalu idealistik.PETALING JAYA: Parti Bersama Malaysia (Bersama) pimpinan Rafizi Ramli berisiko mengalami nasib sama seperti Muda dan Pejuang, jika terus bergerak solo tanpa menjalin kerjasama dengan parti lain, kata Puad Zarkashi.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, Bersama tidak boleh bergantung kepada Rafizi saja, sebaliknya perlu membina kekuatan akar umbi dan mencari rakan politik untuk mengembangkan pengaruhnya.

"Bersama bergantung kepada Rafizi seorang. Ia akan jadi macam Muda dan Pejuang. Akhirnya terpaksa menyertai parti gabungan lain," katanya dalam hantaran Facebook mengulas kenyataan Rafizi selepas Bersama gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN Melaka, Sabtu lalu.