MANILA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tiba di Filipina hari ini ketika sidang kemuncak Asia Tenggara hampir berakhir, menjelang mesyuarat pertama pemimpin kumpulan Quad dalam tempoh dua tahun.
Lawatan Trump ke Asia turut merangkumi penyertaan dalam forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Shenzhen, China, serta pertemuan tiga hala bersama pemimpin China dan Russia yang dijadualkan berlangsung pada Khamis.
Lawatan itu berlangsung selepas Parti Republikan pimpinan Trump tewas dalam pilihan raya pertengahan penggal, selain timbul dakwaan pengintipan yang boleh menjejaskan gencatan perang perdagangan antara AS dan China.
Bagaimanapun, ketibaan Trump dijangka mencetuskan bantahan di Manila selepas beberapa hari demonstrasi yang menyaksikan pembakaran patung menyerupai beliau serta desakan supaya perang di Asia Barat dihentikan dan inisiatif Pax Silica yang diterajui AS dibatalkan.








