Serdang: Penganjuran Liga Takraw Nasional Mekdi dilihat mampu menjadi pemangkin penting kepada pembangunan sepak takraw negara apabila menyediakan platform pertandingan kompetitif untuk mencungkil bakat baharu, khususnya dalam kalangan pemain bawah 16 tahun.

Pengarah Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohammad Hamiruce Marhaban berkata, penganjuran kejohanan seumpama itu memberi ruang kepada pemain muda mengembangkan potensi selain membina asas kukuh untuk melangkah ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata, usaha berterusan membabitkan pemain peringkat akar umbi amat penting bagi memastikan kesinambungan pembangunan sepak takraw negara, sekali gus melahirkan lebih ramai atlet berkualiti pada masa akan datang.