Ahli ekonomi Geoffrey Williams berkata ekonomi Malaysia semakin dinamik, dengan pertumbuhan kukuh dan kemajuan teknologi, didorong pelaburan dalam sektor teknologi serta daya tahan industri tradisional. (Gambar Envato Elements)KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada landasan ekonomi yang betul di bawah kerajaan semasa, berbeza dengan Eropah yang masalah politik dan ekonominya boleh dijadikan pengajaran tentang perkara yang tidak patut dilakukan, kata seorang ahli ekonomi.

Geoffrey Williams berkata ekonomi Malaysia semakin rancak dengan pertumbuhan kukuh dan kemajuan teknologi, sambil merujuk kepada pelaburan negara dalam kecerdasan buatan (AI) dan pusat data, di samping kekuatan berterusan sektor industri tradisional.