Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari berkata antara usaha pemulihan lain adalah menerusi Program Advokasi Nurani membabitkan 65 peserta. (Gambar Facebook)SHAH ALAM: Seramai 124 kanak-kanak terkait GISB Holdings (GISBH) telah didaftarkan untuk mengikuti persekolahan sebagai antara langkah pemulihan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari, berkata antara usaha pemulihan lain adalah menerusi Program Advokasi Nurani (Nilai unggul, rohani dan akhlak nadi insan) membabitkan 65 peserta.
"Dari sudut kebajikan pula, 64 keluarga kanak-kanak yang memenuhi syarat kelayakan turut diberikan bantuan kebajikan bersesuaian, termasuk bantuan am, bantuan kanak-kanak, bantuan anak pelihara dan bantuan berkaitan orang kurang upaya (OKU)."










