Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof bersama pengamal media pada sesi libat urus bersama Petra.KUALA LUMPUR: Malaysia meningkatkan usaha menarik pelabur Perancis untuk membina kilang pembuatan kabel di negara ini bagi menyokong pembangunan projek Grid Tenaga Asean (APG), kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air berkata Perancis mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang industri tenaga, termasuk pembuatan kabel dasar laut, kabel darat dan turbin.

"Sebab itu, kita perlu mempertimbangkan menjemput pelabur Perancis yang berminat mendirikan kilang pembuatan kabel di Malaysia," katanya selepas sesi libat urus Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) bersama media.