PETALING JAYA – “Punca lambat clock in (daftar masuk kerja) hari ini. Ingatkan sesak sebab F1, rupanya ada perempuan atas flyover (jejambat) Jalan Dengkil-Cyberjaya-Putrajaya.”
Itu perkongsian seorang pengguna jalan raya yang mendakwa perjalanan paginya ke tempat kerja hari ini terganggu selepas mendapati seorang wanita duduk di tepi laluan kanan di sebuah jejambat.
Perkongsian tersebut dimuat naik @Nilly.afz menerusi media sosialnya serta bukti gambar individu terbabit yang kelihatan sugul bersama beg pakaian.
“Ngam dia duduk atas bukit lorong kanan sekali. Ada beg-beg baju sekali macam kena tinggal.
“Kasihan, nampak kusut muka rambut dia semua. Dah la dengan beg-beg baju dia bawa tu,” katanya.








